Ular kapak bodoh
Ular kapak bodoh

Ular kapak bodoh

Ular kapak bodoh[3][4] atau ular tanah (nama saintifik: Calloselasma rhodostoma[3]) ialah sejenis ular kapak yang terdapat di Asia Tenggara. Nama bahasa Inggeris ular ini, iaitu "pit viper", digelarkan sempena organ peka haba yang ditempatkan di dalam pit kecil di antara lubang hidung dengan mata di kedua-dua belah kepala. Ular kapak adalah antara ular-ular terbisa yang diketahui. Ular ini merupakan spesies yang menyebabkan lebih banyak kematian di tanah besar Asia Tenggara berbanding dengan kumpulan ular kapak hijau, walaupun ular ini tidaklah lebih ganas. Perbezaan ini terdiri daripada tempat perlindungan Ular Kapak Malaysia ini. Sedangkan ular-ular kapak hijau menghabiskan banyak masa di atas pokok, ular ini adalah ular daratan dan menghabiskan banyak masa di atas lantai hutan. Serupa dengan ular-ular pemangsa lain yang menyerang hendap atau duduk-dan-tunggu, Ular Kapak Bodoh mempunyai warna-warna krip yang menyamarkan ular ini ketika menunggu mangsa. Bagaimanapun, berbeza dengan pemangsa-pemangsa yang lebih aktif seperti elapid, ular ini tidak mencuba melarikan diri ketika mendengar bunyi haiwan yang mendekati, baik besar mahupun kecil.